mutakhir

Hampir temui ajal kereta terbalik

Ipoh: Dua keluarga membabitkan lapan kanak-kanak dan empat dewasa nyaris maut dalam kemalangan di Kilometer 277.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, pagi semalam.

Kemalangan kira-kira jam 7 pagi itu membabitkan kereta model Perodua Kancil yang dirempuh kereta Proton Saga hingga terbalik.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, semua 12 mangsa bagaimanapun hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta Perodua Kancil dinaiki tujuh sekeluarga iaitu pemandu bersama isterinya dan lima anak mereka dipercayai cuba berhenti di laluan kecemasan untuk berehat.

“Tindakan itu mengakibatkan kereta Proton Saga dinaiki lima sekeluarga iaitu suami isteri dan tiga anak mereka yang mengikuti rapat di belakang gagal mengelak sebelum merempuh kereta Perodua Kancil,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 15, 2015 @ 5:21am
d