mutakhir

Pertama di Asia

Oleh Hairulazim Mahmud

Subang: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakarkan sejarah apabila aset terbaru iaitu pesawat pengangkutan tentera Airbus A400M selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini, semalam.

Pesawat canggih itu diterbangkan oleh Leftenan Kolonel Masro Kaliwon dari Seville, Sepanyol yang mengetuai Skuadron 22.

Ketibaan pesawat itu disambut oleh Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Roslan Saad dan pegawai kanan pasukan berkenaan.

Beliau berkata, pesawat itu akan bakal diperkenalkan secara rasmi buat kali pertama kepada tetamu kenamaan dan orang ramai pada Majlis Perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA ‘15) pada 17 Mac ini.

“Pesawat itu mampu mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara dalam operasi pengangkutan strategik dan taktikal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ketibaan A400M di sini.

Ia akan turut dipamerkan kepada orang ramai sepanjang LIMA’15 berlangsung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 16, 2015 @ 5:34am
d