mutakhir

'Risiko sendiri mahu ingatlah'

Kuala Lumpur: “Nak ambil bahan-bahan tambahan sama ada protein, pembakar lemak atau perangsang otot ini kena periksa betul-betul. Bukan boleh main ambil saja kalau tak jadilah macam saya sebelum ini apabila pengambilan itu memudaratkan kesihatan.”

Itu pengakuan pelakon Sharnaaz Basir Ahmad atau Sharnaaz, 30, yang pernah tersilap langkah apabila mengambil bahan terlarang yang tanpa disedari mengancam kesihatannya.

Ujar Sharnaaz, kecenderungan mengambil bahan terlarang itu didorong oleh sikap obses untuk memiliki bentuk tubuh sasa dalam tempoh singkat.

“Sebab itu sekarang setiap bahan sampingan yang saya ambil untuk pembentukan otot semuanya mendapatkan kelulusan doktor.

“Kalau nak jalan mudah dan singkat, memang tak dinafikan penggunaan bahan terlarang yang rata-ratanya mengandungi dos dadah atau racun berlebihan dapat merangsang pembinaan otot tapi akibatnya pada kemudian hari, sendiri mahu ingatlah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 18, 2015 @ 5:57am
d