mutakhir

Pencarian dihenti

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Jakarta: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mengakhiri pencarian mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 meskipun 56 mangsa lagi masih belum ditemui, semalam.

AFP melaporkan pesawat malang itu terhempas dalam cuaca ribut kencang ketika penerbangan singkat dari Surabaya menuju Singapura pada 28 Disember tahun lalu yang mengorbankan semua 162 penumpang dan anak kapal.

Nahas itu mencetuskan misi carian antarabangsa yang besar membabitkan banyak kapal dan pesawat dari beberapa negara yang dikerahkan ke laut untuk mencari mangsa dan bangkai pesawat.

Carian itu dikecilkan secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kapal asing dipanggil balik, begitu juga Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang menyediakan sebahagian besar kakitangan dan peralatan.

Agensi mencari dan menyelamat awam Indonesia bagaimanapun masih meneruskan carian, namun pada skala lebih kecil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 19, 2015 @ 5:26am
d