mutakhir

'Tolong jaga jer'

Oleh Mohd Rizal Abdullah

Kajang: Seorang daripada dua penjenayah yang disyaki terbabit dengan kegiatan pecah rumah memberi alasan konon hanya membantu menyimpan beg tangan milik teman wanitanya bagi mengelak ditahan polis yang menyerbu kediamannya di Taman Setia Balakong di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menemui pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah termasuk 10 beg tangan wanita di rumah itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, suspek yang berusia 39 dan 42 tahun itu dipercayai aktif melakukan pecah rumah di sekitar Lembah Klang dan menjadikan rumah sewa mereka sebagai ‘stor’ simpanan barangan curi.

Menurutnya, selain beg tangan wanita, polis turut menemui empat iPad, 10 jam tangan berjenama serta pelbagai peralatan pecah rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 19, 2015 @ 5:31am
d