mutakhir

Jangan terpedaya

Oleh BERNAMA

Putrajaya: Pengundi, termasuk warga emas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dinasihatkan tidak terpedaya dengan permintaan sesetengah pihak yang meminta jari mereka ditanda dengan dakwat sebelum mengundi, esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pengundi yang masuk mengundi akan diperiksa jarinya supaya bebas daripada sebarang dakwat dan pengundi akan mencelup jari ke dalam botol dakwat yang disediakan SPR.

“Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicelup dakwat, maka kertas undi tidak akan diberikan kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau mahu semua pengundi bekerjasama supaya tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak lain kerana mungkin disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan menimbulkan masalah pada hari pengundian.

Abdul Aziz berkata, seramai 20,390 pengundi biasa akan keluar mengundi pada Ahad ini di sembilan pusat mengundi dan 39 tempat mengundi (saluran) bagi kerusi DUN Chempaka.

Beliau berkata, waktu pengundian dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang di semua pusat mengundi, esok.

Aziz juga menasihatkan pengundi yang keluar mengundi esok supaya membuat semakan maklumat masing-masing seperti nama pusat mengundi, nombor saluran dan nombor siri mengundi (dalam buku Daftar Pemilih) melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my, SMS dengan menaip SPR

Disiarkan pada: March 21, 2015 @ 9:05am
d