mutakhir

Majlis tetap ditunda

Kuala Lumpur: “Jika dia sudah ditemui dan pulang ke rumah sekalipun, majlis pernikahan kami tetap akan ditunda ke satu tarikh ditetapkan kelak, namun ia bergantung sepenuhnya kepada perbincangan antara kedua-dua pihak,” kata Hasrin Sahrin, 41.

Isnin lalu, Aisah Rahim, 24, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di FELDA Bukit Besar, Kulai, Johor untuk membeli barangan persiapan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini.

“Sehingga kini, saya masih cuba menghubungi Aisah namun gagal kerana telefon bimbitnya sudah dimatikan. Berikutan itu, saya ke Johor untuk membincangkan apa yang perlu dilakukan bersama keluarganya.

“Bagaimanapun, setakat ini, saya boleh mengatakan bahawa majlis pernikahan kami itu akan ditunda ke tarikh lain nanti,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Kata Hasrin, duda beranak lima yang bekerja sendiri di Seri Kembangan, Selangor itu, dia reda dengan ketentuan Allah sekiranya perkara tidak diingini berlaku selepas ini.

Disiarkan pada: March 21, 2015 @ 9:11am
d