mutakhir

Cuba bantu

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menghalau balu kepada seorang sarjan polis yang sudah meninggal dunia dari sebuah kuarters polis di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak pernah bertindak kejam sebegitu sebaliknya sedaya upaya membantu keluarga arwah termasuk mencari kediaman baru.

Menurutnya, dalam kes berkenaan, keluarga polis terbabit sudah tinggal di Kuarters Polis Sea Park sejak 10 tahun lalu dan sarjan terbabit meninggal dunia tahun lalu.

“Kami sebenarnya sudah cuba membantu balu dan keluarganya berpindah dengan mencari rumah baru termasuklah mencadangkannya tinggal di sebuah rumah flat di Kayu Ara, Damansara tetapi wanita itu enggan berpindah,” katanya.

Disiarkan pada: March 21, 2015 @ 9:39am
d