mutakhir

PKR bakal keluar kenyataan

Shah Alam: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneliti semua aspek mengenai Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kelmarin.

Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali berkata, PKR akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai pendirian parti itu berhubung pindaan yang dibuat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Kita tidak mahu buat sebarang spekulasi berhubung pendirian parti terhadap pindaan undang-undang ini kerana ia perlu dibuat berdasarkan fakta. PKR juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian parti sedikit masa lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Selangorku di Bandar Bukit Raja, di sini, semalam.

Ditanya mengenai pendirian PKR terhadap undang-undang hudud, beliau berkata, hukum yang disebut dalam al-Quran perlu disokong, namun hudud bukanlah persetujuan bersama dalam pakatan mereka.

PKR menerusi satu kenyataan kelmarin menyatakan parti itu mengarahkan ADUN PKR supaya tidak menyertai perbahasan dan pengundian Rang Undang-Undang itu.

Disiarkan pada: March 21, 2015 @ 9:59am
d