mutakhir

2 syarikat tawar kit

Putrajaya: Statistik kes demam denggi di seluruh negara pada minggu ke-10 iaitu bermula 8 hingga 14 Mac lalu merekodkan 2,275 kes berbanding 2,643 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes serta kematian denggi dilaporkan masih tinggi dan Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dengan segera jika mengalami gejala demam denggi seperti demam, sakit badan, sakit kepala, muntah, loya dan gusi berdarah.

“Dua syarikat juga tampil dan memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan serta menawarkan kit kombo ujian denggi dengan harga rendah kepada pengamal perubatan swasta,” katanya.

Maklumat boleh didapati melalui laman sesawang Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di http://www.mma.org.my dan ia boleh digunakan untuk ujian darah bagi NS1, lgM dan lgG sebagai pengesahan kes denggi atau didiagnosis denggi.

Disiarkan pada: March 22, 2015 @ 8:23am
d