mutakhir

Dua kaedah rawatan

Kuala Lumpur: Kaedah rawatan yang boleh dilakukan terhadap kanak-kanak yang menghidap penyakit Biliary Atreasia adalah melakukan pembedahan pemindahan hati, namun kejayaan rawatan itu bergantung kepada tahap penerimaan perumah baru organ berkenaan.

Pakar Pediatrik dan Kardiologi Kanak-kanak Dr Yong Junina Fadzil berkata, terdapat dua kaedah rawatan bagi bayi atau kanak-kanak yang menghidap penyakit ini iaitu pembedahan ‘Kasai’ dan juga pemindahan hati.

Menurutnya, pembedahan pemindahan hati adalah satu-satunya cara rawatan penyakit itu jika pembedahan Kasai tidak berjaya dan tiada lagi kaedah lain yang mampu merawat penyakit ini jika kedua-dua rawatan menemui kegagalan.

“Kebiasaannya, pembedahan Kasai akan dilakukan pada peringkat awal usia bayi berkenaan dan jika pembedahan itu tidak berjaya, pemindahan hati perlu dilakukan secepat mungkin tanpa perlu menunggu bayi berkenaan membesar.

“Pembedahan pada peringkat awal perlu dilakukan bagi menjamin tahap kesihatan bayi berkenaan dan doktor tempatan mempunyai kepakaran untuk melakukan pembedahan terbabit,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini.

Disiarkan pada: March 22, 2015 @ 9:45am
d