mutakhir

Ibu 'terusik' sama

Kajang: Hati ibu mana yang tidak luluh tatkala mendengar rintihan kesakitan anak kesayangan hampir setiap malam dan hanya berdoa kepada Tuhan semoga dia juga dapat berkongsi kesakitan sama dengan cahaya mata tunggalnya itu.

Ibu berkenaan, Noraini Jaafar, 37, hanya dapat berdoa agar penderitaan anaknya itu, Raef Uqael Mohd Rosli, 4, kembali normal sama seperti kanak-kanak lain.

“Sukar untuk saya jelaskan perasaan seorang ibu apabila melihat anak kesayangan merintih sakit. Sudah pasti naluri ibu ini turut menangis dan saya sendiri tertanya-tanya bagaimana sakit yang dimaksudkan oleh Raef (Uqael).

“Apa yang mampu saya lakukan adalah memanjatkan doa kepada Tuhan agar kesakitan yang ditanggung Raef dapat dipulihkan dalam masa terdekat. Saya tidak mahu lagi melihat dia merengek kesakitan setiap malam,” katanya.

Noraini berkata, hampir setiap malam Raef Uqael akan merengek dan menggaru keseluruhan badannya berikutan penyakit yang dihidapinya membuatkan kulitnya gatal setiap masa.

Disiarkan pada: March 22, 2015 @ 9:45am
d