mutakhir

Lapangan terbang sedia kaunter khas

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Sebanyak 16 kaunter khas dikenali Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disediakan di lapan lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara bagi memudahkan pelancong asing menuntut kembali jumlah GST terhadap barangan yang dibeli di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, sebanyak dua kaunter disediakan di setiap lapangan terbang berkenaan yang berfungsi untuk menguruskan permohonan pembayaran balik amaun GST oleh pelancong asing.

Beliau berkata, lapan lapangan terbang berkenaan termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Pulau Pinang, Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor.

“Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan Skim Bayar Balik Pelancong (TRS) bagi tujuan pelaksanaan GST dan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 61 Akta GST 2014 dan Peraturan 79-85 Peraturan-Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik GST di KLIA di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 24, 2015 @ 9:58am
d