mutakhir

Tambang baru teksi 1 April

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: Selepas pelbagai kontroversi yang timbul mengenai kadar baru tambang teksi, akhirnya pemandu boleh mengenakan kadar tambang baru kepada penumpang berkuat kuasa 1 April ini.

Keputusan itu diumumkan dalam kenyataan media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, lewat petang semalam.

“Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, semakan tambang baru untuk perkhidmatan teksi akan diteruskan,” katanya.

Bagaimanapun, tambang baru untuk perkhidmatan bas ekspres dan rel (komuter) ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Pada 19 Mac lalu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kadar tambang baru teksi dan bas ekspres selepas mengambil kira pelbagai faktor antaranya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans.

Semakan kali terakhir kadar tambang adalah pada 2009.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 24, 2015 @ 10:01am
d