mutakhir

Pak Mie pergi tak kembali

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: “Arwah beritahu kali ini dia pergi lama berbanding sebelum ini, tak sangka pula dia pergi selama-lamanya,” kata Badrul Hisham Ramli, 48, anak tiri Mohd Azmi Ismail yang dikenali sebagai Pak Mie Shelter.

Mohd Azmi, 58, yang pernah mencetuskan kontroversi apabila memelihara 500 anjing jalanan sejak lebih 10 tahun lalu meninggal dunia akibat angin ahmar, malam kelmarin.

Selain itu, arwah memelihara 200 kucing jalanan ditempatkan di kandang miliknya di Jalan Tanjung Bendahara, di sini, di tanah seluas dua hektar dikhaskan untuk haiwan peliharaannya itu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 11.45 malam di Hospital Ampang (HA), Kuala Lumpur selepas dirujuk dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban, Negeri Sembilan dan Hospital Angkatan Tentera (ATM) Kuala Lumpur sejak Khamis lalu.

Badrul Hisham berkata, bapanya dipercayai diserang angin ahmar ketika menghadiri mesyuarat di Nilai, Negeri Sembilan dan mengadu sakit dada sebelum dihantar ke HTJ.

Bagaimanapun katanya, arwah dipindahkan ke hospital ATM dan keadaannya bertambah kritikal sebelum dipindahkan ke HA.

“Ayah disahkan meninggal dunia malam tadi (kelmarin) selepas tidak memberi tindak balas. Ini kali kedua ayah diserang angin ahmar dan kali terakhir April tahun lalu, tetapi tidak serius.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 24, 2015 @ 10:08am
d