mutakhir

Sila tampil buat aduan

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Kewujudan doktor palsu di beberapa premis swasta di negara ini bukan lagi perkara baru, sebaliknya kian meningkat setiap tahun.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Krishna Kumar berkata, walaupun kemunculan doktor palsu dalam bidang perubatan tidak menjejaskan integriti dan kredibiliti doktor bertauliah, kehadirannya perlu dibendung demi kesejahteraan rakyat.

“Kalau dulu, isu doktor palsu sering dikaitkan dengan nama Dr Zainal. Kes berlaku sekitar 1980-an apabila seorang individu yang dikenali sebagai Dr Zainal ditahan kerana menyamar di Hospital Besar Kuala Lumpur (kini Hospital Kuala Lumpur).

“Selepas tertangkapnya Dr Zainal, masyarakat terus dikejutkan dengan beberapa kes doktor palsu di hospital dan klinik seluruh negara,” katanya ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam.

Jelas Dr Krishna, insiden ‘Dr Zainal’ memberi pengajaran besar dalam sejarah kedoktoran, apa lagi kes seumpama itu masih berlaku dan sukar dibendung.

“Bukan senang untuk pihak berkuasa menyerbu mana-mana premis, terutama hak swasta. Sebab itu kami perlukan kerjasama orang ramai menyalurkan aduan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 24, 2015 @ 10:17am
d