mutakhir

Air mata beret baru

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: “Suami menangis bila kami tunjukkan beret baru yang diambil anak sulung Norasikin, 24, di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jempol Isnin lalu.

“Dia beritahu perasaannya cukup sebak tidak dapat bersama rakan lain dalam sambutan Hari Polis ke-208 hari ini (semalam),” kata Salinah Mohd Rashid ketika ditemui di rumahnya di Kuarters IPD Jempol, semalam.

Suaminya Koperal Zulkifli Zainuddin, 56, kini terlantar sakit dan dalam proses penyembuhan akibat parah susulan kereta peronda dinaiki bersama rakan setugas dirempuh kereta lain pada November tahun lalu di Pekan Bahau.

Salinah, 48, yang berkomunikasi dengan Zulkifli menggunakan kertas dan pen berkata, semangat suaminya untuk kembali bertugas cukup tinggi, malah kerap menangis jika bercerita mengenai polis dan berharap segera sembuh.

Katanya, Isnin lalu ketika anaknya ke pejabat IPD Jempol menghantar sambungan sijil cuti sakit, anggota di sana memberinya kain untuk dibuat pakaian seragam serta beret dan sebaik ditunjukkan, suaminya sebak dan menangis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 26, 2015 @ 10:18am
d