mutakhir

Sembur ubat pelali

Kuala Lumpur: Sekumpulan penjenayah dikesan menggunakan semburan cecair dipercayai ubat pelali sebelum menyamun mangsa.

Dalam kejadian terbaru jam 5 pagi kelmarin, dua lelaki menjadi mangsa samun ketika sedang berehat di sebuah stesen minyak di Sungai Besi di sini, menyebabkan mereka kerugian RM10,000.

“Dua lelaki tidak dikenali dikatakan muncul sebelum membuka pintu kereta mangsa secara mendadak. Suspek bertindak mengacukan parang serta mengarahkan mangsa tidak melawan.

“Suspek terus menyembur cecair dipercayai ubat pelali ke muka mangsa berusia 26 tahun menyebabkan kedua-dua mangsa pengsan,” kata sumber.

Menurut sumber lagi, lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mengeluarkan wang tunai milik mangsa di dalam bank menggunakan kad yang dicuri.

Disiarkan pada: March 27, 2015 @ 9:24am
d