mutakhir

Terima RM18j

Oleh Ayusliza Azizan

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bayaran zakat perniagaan sebanyak RM18,619,166.17 daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 2014.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat berkenaan dalam satu majlis penyerahan di Istana Bukit Kayangan, di sini, semalam.

Lembaga Tabung Haji (LTH) diwakili Pengarah Urusan dan Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail menyerahkan cek berjumlah RM13,786,679.17.

Bank Rakyat diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah Abdul Rahman Kasim menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4,832,487

Turut hadir, Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullaill, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Bakhtiar Hussin.

Sementara itu, LTH berkata, sebanyak RM49.87 juta jumlah keseluruhan zakat perniagaan untuk tahun kewangan 2014 akan dibayar kepada pusat pungutan zakat. di semua negeri di negara ini berbanding tahun lalu RM46.29 juta.

Disiarkan pada: March 28, 2015 @ 6:07am
d