mutakhir

Mengaku merusuh

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Dua beradik bersama empat lagi rakan mereka akhirnya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan merusuh ketika perlawanan bola sepak separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam, di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu.

Amirul Akmal Nooradzhar, 23, Zulhelmy Akmal Zainol Abidin, 28, Muhammad Naquiyuddin Sallehuddin, 20, Muhamad Izzat Mohd Khir, 26, serta dua beradik, Mohd Aminuddin Hamdan, 35, dan Noor Hadi Hamdan, 30, sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 17 Disember lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin yang menetapkan Isnin ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Amirul Akmal, Zulhelmy Akmal, Muhamad Izzat, Mohd Aminuddin dan Noor Hadi.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula terhadap Muhammad Naquiddin untuk mendapatkan laporan sosial memandangkan ketika kejadian tertuduh berusia 19 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 28, 2015 @ 6:10am
d