mutakhir

Samun ala 'pandu lalu'

Oleh Syazwan Msar

Kuantan: Seorang lelaki bertindak nekad menyamun ala ‘pandu lalu’ apabila berhenti di depan sebuah kedai serbaneka di Bukit Rangin, dekat sini, memasuki premis berkenaan dan mengambil tabung derma anak yatim di kaunter pembayaran sebelum melarikan diri jam 5.20 petang, kelmarin.

Malah, suspek turut melakukan jenayah sama tiga jam kemudian apabila selamba memasuki sebuah rumah di sekitar kawasan itu, sebelum melarikan barangan berharga.

Namun, dia akhirnya ditahan anggota polis yang melakukan rondaan selepas mendapat laporan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima laporan oleh pekerja wanita kedai serbaneka itu selepas melihat seorang lelaki memasuki premis dan melarikan tabung derma anak yatim.

“Pekerja kedai serbaneka cuba mengejar suspek namun lelaki terbabit sempat melarikan diri menggunakan kereta Proton Saga BLM.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 28, 2015 @ 6:15am
d