mutakhir

Tiada kesedaran sivik

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Cyberjaya: Tiada kesedaran sivik. Itu dapat digambarkan buat segelintir pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar bandar pintar dan moden, Cyberjaya di sini, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas serta mengganggu pergerakan kenderaan lain tidak kira waktu puncak atau hujung minggu.

Apa tidaknya, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berpunca daripada sikap pemandu yang mahu mengambil jalan mudah untuk ke kompleks perniagaan dan bangunan komersial biarpun tempat letak kereta sudah disediakan.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, ada pemandu menjadikan lorong kiri dan kanan jalan sebagai tempat meletakkan kenderaan bagi tempoh yang lama di sepanjang jalan utama sekitar Cyberjaya.

Mereka menggunakan alasan kekurangan tempat letak kereta selain mendakwa tempat letak kereta jauh dari bangunan dan kompleks komersial yang mereka kunjungi.

Apapun alasan, mereka sebenarnya malas untuk berjalan jauh ke deretan kedai serbaneka, klinik dan restoran serta institusi perbankan.

Lebih mengejutkan, ada pemilik kenderaan mencabar penguat kuasa dengan meletakkan kenderaan di bahu jalan biarpun sudah tertera amaran papan tanda tidak boleh meletakkan kenderaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 29, 2015 @ 5:20am
d