mutakhir

Kerjasama terbit drama sejarah Melaka

Melaka: Kerajaan negeri dan Media Prima Berhad (MPB) bakal mengukuhkan kerjasama menerusi penerbitan beberapa siri drama membabitkan sejarah negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, penceritaan berkaitan sejarah Melaka yang pernah menjalin kerjasama dengan China, Siam dan Majapahit amat menarik untuk diketengahkan.

“Cadangan mengenainya dinyatakan Pengerusi MPB Tan Sri Johan Jaaffar dan pada dasarnya saya bersetuju dengan cadangan itu.

“Selepas ini kita akan mengadakan perbincangan lanjut malah saya yakin jika disiarkan kelak, Melaka akan lebih dikenali sebagai negeri yang lengkap dengan bahan sejarahnya,” katanya selepas lawatan ke tapak Karnival Jom Heboh 2015 di pekarangan Stadium Hang Jebat, di sini, semalam.

Disiarkan pada: March 29, 2015 @ 5:25am
d