mutakhir

Ugut guna Hebrew

Oleh Amirul Haswendy Ashari

Kuala Lumpur: Gara-gara sering memuat naik foto mempromosi kerja kemanusiaan di Palestin dan Syria, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah diugut bunuh oleh segelintir pengikut di laman sosialnya.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 35 ketika dihubungi berkata, ugutan itu kebanyakannya datang daripada rakyat luar negara yang anti Islam dan Palestin.

“Sebenarnya ugutan itu saya terima sejak tahun lalu, iaitu apabila saya sering memuat naik foto mangsa peperangan akibat konflik di Asia Barat terutama di Palestin.

“Mereka (pengugut) menulis kata-kata berbaur kecaman dan ugutan mahu membunuh saya dalam bahasa Hebrew. Pada awalnya saya tidak tahu sehinggalah saya bertanya pada rakan-rakan mengenai maksud ayat yang dikomen mereka,” kata Yatt.

Yatt akui pada awalnya dia gelisah kerana bimbangkan keselamatan keluarganya jika ugutan itu benar-benar menjadi kenyataan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 29, 2015 @ 5:27am
d