mutakhir

Ramai tak faham konsep hibah

Gombak: Masyarakat dilihat masih lagi tidak begitu memahami kepentingan konsep hibah dalam pengurusan harta pusaka sehingga mencetuskan perbalahan antara ahli keluarga dalam pembahagian harta.

Penasihat Kumpulan Syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd Ariffin Sabirin berkata, konsep hibah adalah satu konsep pengurusan harta pusaka yang sangat efektif berbanding wasiat.

“Masyarakat di negara ini lebih terdedah kepada konsep wasiat berbanding hibah dan walaupun konsep ini sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW menjadi pemimpin, ia tidak begitu difahami dan diguna pakai dengan begitu meluas di negara ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengenalan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai Duta Wassiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Beliau berkata, hibah adalah bermaksud hadiah dan selagi seseorang pemilik harta itu masih hidup dan bernafas, dia bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa mengikut formula pembahagian yang dikehendaki oleh pemilik harta itu.

Disiarkan pada: March 29, 2015 @ 5:28am
d