mutakhir

Kutip cebisan mayat ayah

Oleh Asrizal Aris

Gopeng : “Saya lihat di hadapan mata penunggang motosikal itu digilis beberapa kenderaan menyebabkan bahagian badannya bertaburan dan serpihannya turut diseret sehingga 10 meter di atas jalan raya,” kata seorang pemandu lori, Jasni Haris, 43.

Jasni antara saksi terawal yang menyaksikan kemalangan ngeri membabitkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Benelli TnT 600, Zainal Abidin Omar, 43, yang maut selepas digilis beberapa kenderaan dalam kejadian di Kilometer 300.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan Gua Tempurung, di sini, kira-kira jam 3.25 pagi semalam.

Mangsa yang menunggang motosikal bersama anak lelakinya Zikri Haziq Daniel Zainal Abidin, 16, dalam perjalanan ke Taiping untuk menziarah bapanya yang sakit.

Setiba di tempat kejadian mangsa dikatakan merempuh bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang memperlahankan kelajuan secara tiba-tiba ketika menuruni bukit di lorong kiri jalan menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh di tengah jalan sebelum digilis beberapa kenderaan.

Menurut Jasni, sebaik kedua-dua mangsa terjatuh dari motosikal, dia sempat mengelak daripada melanggar mangsa dan berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian.

“Mangsa yang tidak sempat bangun, dirempuh oleh lori tangki sebelum sebuah bas ekspres dan lori simen menggilis badan mangsa.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 29, 2015 @ 6:29am
d