mutakhir

Nyaris dibawa ribut

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Sikap seorang bayi perempuan berusia setahun yang meragam enggan tidur di dalam buaian menyelamatkan nyawanya daripada diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Parit Gabis, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, ibu bayi berkenaan, Norasiah Sabri, 40, berada di ruang rehat rumah dan baru hendak menidurkan anak bongsunya, Nurul Auni Syazwan Ibrahim, yang berusia setahun di dalam buaian yang diikat pada alang rumah.

Menurutnya, sebaik dimasukkan ke dalam buaian, Nurul Auni mula meronta-ronta seolah-olah meminta diturunkan dari buaian, sedangkan kebiasaannya dia akan tidur nyenyak.

“Hairan dengan kelakuannya itu, saya mengarahkan seorang lagi anak mengangkat dan meletakkan Nurul Auni ke atas katil yang terdapat di sudut berhampiran.

“Sejurus selepas itu, ribut kencang melanda dan tanpa semena-mena menerbangkan keseluruhan bumbung dan alang rumah termasuk kipas angin dan buaian yang diikat pada alang rumah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 30, 2015 @ 10:38am
d