mutakhir

Awal pengsan di bahu jalan

Oleh Nur Saliawati Salberi dan Arifin Salleh

Melaka: “Sebaik tersedar, saya berada di bahu jalan dan tidak pasti berapa lama pengsan,” kata pelakon dan pengacara Awal Ashaari, 34, selepas kereta dinaikinya terbabas lalu terbalik di Kilometer 209.6, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, kereta BMW 6 Series dinaiki Awal bersama rakannya, Izuan Mokhtar, 31, terbabit kemalangan ketika mereka dalam perjalanan ke Karnival Jom Heboh di Stadium Hang Jebat, di sini, untuk mengacarakan rancangan Melodi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Izuan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik sebaik melanggar tunggul pokok di bahu jalan.

Awal berkata, dia meminta Izuan menghantarnya ke Karnival Jom Heboh kerana kurang sihat dan mereka bertolak dari Kuala Lumpur jam 9 pagi.

“Apa saya ingat kereta dinaiki terbabas ke bahu jalan, itu saja. Apabila sedar, perkara pertama saya fikir adalah telefon bimbit, mujur ada orang ramai menemuinya memberi semula kepada saya.

“Saya terus menelefon isteri dan memaklumkan kejadian berlaku,” katanya yang menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 30, 2015 @ 10:46am
d