mutakhir

Bergasak depan restoran

Kuala Lumpur: Seorang kelindan lori cedera di tangan selepas dibelasah dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Desa Pandan, pagi kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 12.12 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun sedang menunggu kawan di restoran berkenaan sebelum seorang lelaki diserang sekumpulan lelaki tempatan berdekatan tempat mangsa duduk.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, akibat serangan itu, mangsa turut terkena libasan pedang samurai oleh kumpulan suspek.

“Mangsa melarikan diri sejauh 200 meter ke sebuah stesen minyak di kawasan berkenaan sebelum menghubungi tunangnya untuk memaklumkan kejadian malang yang menimpa dirinya,” katanya.

Disiarkan pada: March 31, 2015 @ 7:22am
d