mutakhir

'Bagai mati hidup semula'

Oleh Nur Saliawati Salberi

Melaka: “Bagaikan ‘mati hidup semula’. Ia benar- benar satu keajaiban jika dilihat pada keadaan kereta yang remuk teruk,” kata pelakon dan pengacara Awal Ashaari, 34, yang terselamat selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 209.6, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, pengacara rancangan Melodi itu cedera di mulut manakala pengurusnya, Izuan Mokhtar, 31, yang memandu kereta model BMW itu tidak cedera.

Menurutnya, dia langsung tidak melihat atau dapat membayangkan keadaan kereta BMW 6 Series dinaiki sejurus kemalangan.

“Hanya selepas sembilan jam menerima rawatan, baru saya bersedia melihat gambar keadaan kereta dinaiki. Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 31, 2015 @ 9:38am
d