mutakhir

Pegang tangan cium tak lepas

Kuala Pilah: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencabul kehormatan rakan sekerjanya wanita tempatan di sebuah kedai runcit di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku Sabtu lalu, kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa berusia 24 tahun sedang melakukan tugasnya dalam premis berkenaan.

Menurutnya, ketika melakukan kerjanya, mangsa didatangi suspek berusia 25 tahun yang bekerja di kedai sama.

“Mangsa pada mula tidak mensyaki apa-apa, namun secara tiba-tiba suspek memegang tangan dan menciumnya tanpa kerelaan.

“Mangsa meronta dan menjerit meminta dilepaskan sebelum suspek terus melarikan diri,” katanya.

Katanya, wanita itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

“Berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek berjaya ditangkap semalam (kelmarin) kira-kira jam 5.40 petang di daerah ini.

“Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau direman hingga 3 April untuk siasatan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: April 1, 2015 @ 9:35am
d