mutakhir

Wanita IS pertama dipenjara

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Seorang penolong pegawai kredit dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku bersalah memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS), September tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ummi Kalsom Bahak, 26, yang menjadi wanita pertama dipenjarakan kerana menyokong kumpulan itu selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pilihan ketika kes itu ditetapkan untuk sebutan semula.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 5 Oktober 2014.

Mengikut pertuduhan, Ummi Kalsom didakwa mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul untuk berkahwin dengan Muhammad Aqif Hueesin Rahaizat bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu dilakukan di Kaunter Imigresen, Balai Pelepasan Antarabangsa klia2, di sini pada jam 5.20 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 1, 2015 @ 9:42am
d