mutakhir

'Biarlah kalau dia tuduh begitu...'

Kuala Lumpur: “Saya harap masyarakat di luar faham dengan situasi yang berlaku.

“Tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan saya sebagai seorang ayah apabila anak saya dipukul hingga cedera selain muka bercalar,” kata Syed Fareid Yahya, bapa kepada empat gadis berusia 20-an yang terbabit dalam pergaduhan dengan pemandu teksi dan menjadi ‘viral’ sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, dia menyerahkan perkara yang berlaku itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut kerana yakin polis dapat menjalankan siasatan dengan adil dan saksama berdasarkan bukti dan keterangan daripada saksi di tempat kejadian.

“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada anak saya berada di pihak yang benar atau sebaliknya. Biar polis siasat terlebih dulu.

“Biarlah kalau pemandu teksi itu mahu menuduh tapi tak semestinya saya mahu menuding jari kepadanya. Perkara yang berlaku juga membabitkan kes jenayah dan setakat ini saya sekeluarga masih belum membuat perancangan untuk menarik balik kes mahu pun berdamai,” katanya ketika ditemui Harian Metro dalam satu sidang media yang diadakan di Hartamas, semalam.

Turut hadir peguam yang mewakili sekumpulan remaja berusia 20 -an terbabit, Sarah Mohd Ali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 2, 2015 @ 7:43am
d