mutakhir

8 terima notis

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) mengeluarkan lapan notis pada hari pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di negeri ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasanya, Mohd Roslan Mahyuddin berkata, 40 anggotanya dengan bantuan 10 pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) turun padang melakukan operasi di lima lokasi berbeza di sekitar negeri itu.

“Walaupun KPDNKK dan kastam sudah mengingatkan peniaga dan pemilik premis mengenai pelaksanaan GST, namun masih ada yang gagal mengikut prosedur ditetapkan.

“Sehingga jam 3 petang tadi (semalam) kami mengeluarkan lapan notis atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya yang turut serta dalam Operasi GST-Catut di Pasar raya Aeon Bukit Tinggi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 2, 2015 @ 9:57am
d