mutakhir

Tuntutan pertama

Oleh Ainul Fatihah Mansor

Sepang : Pelancong pertama yang menuntut jumlah yang dibelanjakan ke atas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini semalam menyifatkan proses tuntutan cepat dan mudah.

Andrew Lee, 40, dari Taiwan berkata, selain tidak mengambil masa lama, layanan yang diterima daripada pegawai kastam yang bertugas baik, malah mereka juga peramah serta menyenangkan.

Beliau berkata, pelbagai maklumat yang diperoleh daripada kaunter Skim Bayaran Balik Pelancongan (TRS) yang diletakkan di Balai Ketibaan Domestik klia2 memudahkan dia dan keluarga memahami skim berkenaan.

“Saya tidak menyangka menjadi pelancong pertama yang membuat tuntutan bagi barang yang dibeli sepanjang bercuti di sini pada hari ini (semalam).

“Ia (GST) langsung tidak membebankan, malah saya akan membawa keluarga untuk melancong ke sini lagi pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lee adalah pelancong pertama yang menuntut jumlah dibelanjakan ke atas GST bagi barangan yang dibeli melalui kaunter TRS di sini sejak ia dibuka pada 12 tengah malam semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 2, 2015 @ 10:00am
d