mutakhir

Peragut menyorok pegang beg mangsa

Ampang: Seorang wanita warga Myanmar bersembunyi di kawasan perumahan pangsapuri di Pandan Mewah di sini, selepas meragut seorang wanita.

Dalam kejadian jam 3.45 petang semalam, mangsa berusia 31 tahun itu berjalan kaki bersama rakannya di kawasan kilang berhampiran lokasi kejadian.

Suspek berusia 23 tahun muncul sebelum meragut beg tangan mangsa mengandungi wang RM305.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa yang terkejut menjerit meminta pertolongan dan mengejar suspek.

Menurutnya, mangsa bertemu lelaki mendakwa terlihat suspek berlari ke arah pangsapuri dan bersembunyi.

“Kebetulan empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak mangsa.

“Polis menjejaki suspek sebelum menemuinya bersembunyi sambil memegang beg tangan mangsa,” katanya.

Disiarkan pada: April 3, 2015 @ 9:56am
d