mutakhir

'Kejutan' perasmian

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nabihah Kamal

Kuala Lumpur : Dua pusat perjudian siber yang baru ‘dirasmikan’ pembukaannya di Jalan PJS 5/30 Pusat Perdagangan Petaling Jaya di sini, sebaliknya diserbu polis awal pagi semalam.

Dalam operasi jam 2.30 pagi itu, sepasukan anggota Skuad Taktikal Khas Antimaksiat Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menyerbu premis itu yang baru mula beroperasi untuk ‘kaki judi’.

Malah ketika serbuan dilakukan, sembilan pelanggan didapati leka bertaruh judi Internet tanpa menyedari premis itu dikepung polis.

Serbuan diketuai Deputi Superintendan Hussin Mat Junus itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam berhubung kegiatan haram itu.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya melakukan dua serbuan serentak dan menahan seorang pengurus lelaki tempatan dan empat penjaga warga asing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 3, 2015 @ 9:56am
d