mutakhir

Ugut sembelih isteri dengan pedang

Ampang: Angkara cemburu buta, seorang penganggur lelaki berusia 35 tahun mengugut mahu menyembelih isterinya menggunakan pedang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, suspek turut bertindak memukul isterinya menggunakan topi keledar di kediaman mereka di Bandar Baru Ampang di sini.

Difahamkan suspek cemburu dengan isterinya yang bekerja sebagai penyelia di sebuah hotel di ibu kota kerana bergaul dengan pekerja lelaki.

Sumber berkata, pasangan terbabit dilapor bertengkar kerana suspek menuduh mangsa bergaul bebas dengan lelaki lain.

“Pada mulanya mangsa cuba menenangkan suspek, tetapi suaminya itu tidak mengendahkan penjelasan diberikan.

“Suspek yang gagal mengawal marah kemudian mengeluarkan sebilah pedang dan mengugut untuk menyembelih mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, tindakan mangsa mendiamkan diri menyebabkan suspek berhenti mengugutnya.

“Kira-kira jam 6.30 petang, suspek tiba-tiba menyerang mangsa dengan topi keledar selepas mendapati isterinya itu mahu pergi bekerja,” katanya.

Disiarkan pada: April 3, 2015 @ 10:04am
d