mutakhir

Maut ditindih kepala treler sendiri

Gerik: Seorang pemandu treler maut selepas badannya ditindih bahagian kepala kenderaan yang dipandunya dalam kejadian di Kilometer 21, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam di Kilometer 21, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, mangsa, Mohd Ridwan Mohd Yusoff, 30, manakala kelindannya yang cedera, Mohd Hanif Bohari, 26.

Ketika kejadian, mangsa dari Kampung Bongkok, Gurun, Kedah bersama rakannya dari Kampung Baru, Gurun dengan treler yang sarat membawa simen untuk dihantar ke Kelantan.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, mangsa tidak sempat mengelak sebaik treler dipandunya terbalik menyebabkan dia tersepit dan ditindih bahagian kepala treler berkenaan.

“Setiba di satu selekoh, pemandu treler terbabit gagal mengawal kenderaan yang dipandunya menyebabkan ia terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh penghadang besi sebelum terbalik.

“Akibatnya, mangsa (pemandu) terjatuh dan tertindih di bahagian kepala treler serta mati di tempat kejadian,” katanya, di sini, semalam.

Disiarkan pada: April 3, 2015 @ 10:07am
d