mutakhir

Masjid 5 bintang

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Tandas sentiasa bersih dan tempat mengambil wuduk kondusif setanding hotel lima bintang antara tarikan di 14 masjid sekitar bandar raya ini dalam usaha menceriakan serta mengimarahkan rumah ibadat itu.

Selain menitikberatkan aspek kebersihan yang menjadi tunjang utama sebagai rumah ibadat, kemudahan seperti tempat mengambil air wuduk yang selesa dan mesra pengguna seperti orang kurang upaya (OKU) turut disediakan.

Malah, tandas mereka juga bagaikan berada di hotel apabila lengkap dengan kelengkapan asas tandas moden hari ini seperti berjubin, alat pengering tangan dan kaki, mesin penyah bauan, pewangi, tisu, sabun serta aksesori seperti pokok hidup atau hiasan.

Bukan itu saja, ada masjid menyediakan kemudahan kegunaan seisi keluarga seperti bilik mandi dan menukar lampin bayi selain tempat bertayamum sekiranya tiada bekalan air.

Maka kelebihan dan kriteria itu mengangkat 14 daripada 50 masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinilai menerima pengiktirafan Gred A penarafan lima bintang bilik air dan tempat wuduk oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), baru-baru ini.

Menurut Ketua Pentadbir Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri, Cheras Mohd Abdul Aziz Mohamed, kebanyakan fasiliti terdapat di masjid mereka didatangkan khas daripada luar negara untuk menjamin kualitinya.

“Sebelum ini, kami meninjau beberapa tandas awam eksklusif di bandar raya ini termasuk hotel lima bintang dan kami bawa idea itu untuk menceriakan masjid kami.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 3, 2015 @ 10:25am
d