mutakhir

Pengubat rindu ibu

Tuaran: “Jika rindukan Razkan, saya akan menghubunginya, namun kini hanya album fotonya saja yang menjadi pengubat rindu,” kata ibu Razkan Seran, Subarah Jili, 69, selepas dimaklumkan tragedi yang menimpa anak kelimanya itu.

Subarah berkata, kejadian menimpa Razkan itu dimaklumkan salah seorang anaknya apabila dihubungi pegawai polis yang memberitahu mengenai kejadian nahas helikopter dinaiki mangsa, kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin.

“Pada mulanya, saya seakan tidak percaya, namun sebaik isteri Razkan, Seti Nurafenie Andu menghubungi anak bongsu saya, Hamisah, 22, yang mengatakan abangnya (Razkan) meninggal dunia, barulah saya mempercayainya.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya menangis kerana dia (Razkan) adalah harapan kami sekeluarga sejak kematian ayahnya beberapa tahun lalu,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Saradan, Tenghilan, di sini, semalam.

Disiarkan pada: April 6, 2015 @ 7:53am
d