mutakhir

'Mahu ziarah rumah orang meninggal'

Kuala Lumpur: “Saya sempat menerima pesanan aplikasi WhatsApp daripada suami yang mengatakan dia mahu ziarah rumah orang meninggal.

“Tidak lama kemudian, saya terkejut dimaklumkan nahas helikopter yang turut membabitkan suami,” kata Seti Nurafenie Andu, 30, isteri kepada Koperal Razkan Seran, salah seorang daripada enam individu yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, di sini, kelmarin.

Seti yang ditemui ketika menunggu jenazah suaminya di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), berkata, ketika itu, dia menyiapkan juadah makan malam dan menunggu suaminya pulang ke rumah mereka di Keramat.

“Razkan memaklumkan dia mahu singgah sebentar di rumah kakitangan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang kematian bapa, namun terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak baik.

“Selepas itu, saya menerima panggilan mengesahkan Razkan terkorban dalam nahas helikopter bersama Tan Sri (Dr Jamaluddin Jarjis),” katanya sebak.

Disiarkan pada: April 6, 2015 @ 7:54am
d