mutakhir

Jenazah selamat disemadi

Tuaran: Jenazah Koperal Razkan Seran, 31, selamat dikebumikan di kampung isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Damit, di sini, jam 11.20 malam tadi.

Turut berada di tanah perkuburan itu ialah isteri arwah, Seti Nurafenei Andu, 29, dan dua anaknya, ibu, Subarah Jili, 69, dan ahli keluarga serta penduduk kampung.

Suasana di tanah perkuburan diselubungi tangisan ibu, isteri, saudara dan rakan.

Terlebih dulu, jenazah Razkan yang tiba di Padang Tuaran jam 8.40 malam menggunakan helikopter TUDM EC725 sebelum dibawa ke Masjid Kampung Sungai Damit untuk disembahyangkan.

Disiarkan pada: April 6, 2015 @ 7:54am
d