mutakhir

Hari terakhir tukar POS 31 April

Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi tempoh sehingga 31 April ini bagi menukar perisian perakaunan atau sistem ‘point of sales’ (POS) yang berfungsi mengeluarkan invois cukai yang lengkap dengan keterangan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Datuk Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya mendapati masih ada peniaga yang belum menukar perisian berkenaan, sekali gus menyukarkan urusan pelaksanaan GST.

Beliau berkata, invois menggunakan tulisan tangan tidak akan dibenarkan lagi sama sekali kecuali apabila sistem mengalami masalah.

“Sejak pelaksanaan GST, peruncit dan juga restoran memberi alasan bahawa mesin juruwang atau POS yang mematuhi piawaian GST belum sampai atau belum dipasang pembekal.

“Justeru, pihak kami memberi kelonggaran kepada mereka sehingga 30 April ini sebagai tarikh akhir untuk mendapatkan sistem berkenaan,” katanya pada sidang media harian GST di sini semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad.

Katanya, sebaik tempoh itu tamat, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhinya.

Disiarkan pada: April 7, 2015 @ 10:10am
d