mutakhir

17 saksi beri keterangan

Semenyih: Polis mengambil keterangan daripada 17 saksi berhubung kejadian nahas helikopter Dauphin AS365N2 bagi merungkai punca kejadian itu.

Malah, usaha merakam percakapan saksi lain dijalankan secepat mungkin.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, semua hasil maklumat diperolehi itu diperhalusi secara menyeluruh bagi membantu siasatan penyiasat.

Menurutnya, lima pakar hadir membantu siasatan dijalankan semalam iaitu seorang daripada wakil pengeluar enjin Turbo Mega France dan empat lagi dari Airbus Helicopter Malaysia.

“Kami mengeluarkan satu lagi enjin helikopter AS365N2 jam 12.30 tengah hari (semalam) sebelum dibawa ke Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sungai Besi untuk dianalisIS.

“Buat masa ini, pencarian masih dijalankan di sekitar 200 meter persegi di kawasan nahas untuk mencari baki serpihan,” katanya.

Beliau berkata, 178 anggota penyelamat dan penyiasat bertugas mengeluarkan serpihan.

Disiarkan pada: April 8, 2015 @ 9:12am
d