mutakhir

PPIM sokong batal caj perkhidmatan

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong kenyataan dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Datuk Subromaniam Tholasy membatalkan caj perkhidmatan yang dikenakan sesetengah premis makanan dan hotel.

Satu kenyataan media dikeluarkan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan menyatakan sokongan pembatalan caj itu dibuat kerana ketika ini caj terbabit mempunyai kelompongan dan ketidakpastian.

Disiarkan pada: April 9, 2015 @ 8:50am
d