mutakhir

Pelan dilaksana ikut fasa

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) berjaya dilancarkan, semalam,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, PPPM (PT) mempunyai 10 lonjakan utama yang bakal dilaksanakan secara berperingkat.

Sehubungan itu, beliau bersyukur selepas pelan penentu hala tuju pendidikan pengajian tinggi negara dalam tempoh 10 tahun itu sempurna dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini, kelmarin.

“PPPM (PT) mengandungi 10 lonjakan utama yang akan dilaksanakan mengikut fasa,” kata beliau melalui catatan laman sosial Twitter peribadinya, semalam.

Beliau turut memberi pautan untuk muat turun iaitu http://t.co/fNAcz0WYD2.

PPPM (PT) menggariskan pencapaian 10 lonjakan iaitu Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang, Kecemerlangan Bakat, Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat, Graduan Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET) Berkualiti, Kemapanan Kewangan, Pemantapan Tadbir Urus, Ekosistem Inovasi Keunggulan Global, Pembelajaran dalam Talian Tahap Global dan Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi.

Paling utama, 10 lonjakan itu akan menyokong lima aspirasi sistem yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan.

Disiarkan pada: April 9, 2015 @ 11:46am
d