mutakhir

'Ghost Travel' jejaki paranormal

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Kuantan: Sambutan terhadap filem mistik dan seram seperti ‘Villa Nabila’ dan ‘Bangunan’ mendorong sekumpulan remaja di daerah ini menubuhkan ‘Ghost Travel’ khusus bagi menyiasat aktiviti paranormal di beberapa premis dan lokasi di daerah ini.

Sehingga kini, kumpulan dianggotai 11 ahli itu sudah mengunjungi beberapa premis yang didakwa ‘keras’ dan ‘berpenunggu’ sehingga ada bangunan berkenaan terbiar tanpa berpenghuni.

Ketua Ghost Travel Muhammad Faizal Abdullah, 18, berkata, dia menubuhkan kumpulan berkenaan secara tidak rasmi menerusi kenalan Facebook (FB) yang berkongsi minat sama selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Katanya, mereka mendapat maklumat daripada orang awam berhubung lokasi tertentu dipercayai menyimpan kisah mistik selain pernah menjadi lokasi kes bunuh.

“Lazimnya, kami mengadakan aktiviti ini selepas jam 12 tengah malam. Kami bukan mahu melakukan perkara khurafat sebaliknya sama-sama ingin tahu kebenaran dakwaan orang ramai,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sehingga kini, kumpulan berkenaan sudah mengunjungi beberapa premis termasuk tanah perkuburan Cina di Bukit Setongkol, kuarters guru, sebuah rumah di Cenderawasih dan sebuah kedai di Kempadang, di sini, yang dilaporkan berlaku kejadian bunuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 11, 2015 @ 5:44am
d