mutakhir

Angkara si gemuk

Oleh Norfaisal Jahuri

Jasin: Seorang lelaki gemuk adalah antara individu yang terbabit beberapa kejadian memecah masuk Masjid Al-Kausar di Umbai, dekat sini, dan mencuri wang derma dalam tabung yang diletakkan di ruang solat utama masjid itu, awal pagi, semalam.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan, lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an itu memasuki masjid bersendirian pada jam 3.30 pagi.

Kejadian pecah masuk itu adalah kes ketiga berlaku baik secara solo mahupun berkumpulan.

Pengurusan masjid itu mula memasang CCTV pada tahun lalu selepas mendapati tempat ibadat itu dijadikan sasaran mencuri wang derma yang kini berjaya dirakam peralatan berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Kausar Mohd Farid Abd Malek, 40, berkata, kejadian pecah masuk itu disedari jemaah yang datang ke masjid berkenaan kira-kira jam 5 pagi untuk menunaikan solat Subuh, apabila menyedari tingkap kaca di bahagian kiri dewan solat utama itu tertanggal dan penutupnya disandarkan pada dinding.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 11, 2015 @ 5:59am
d