mutakhir

Sambung semula misi

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Seramai tujuh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Kiev, Ukraine, awal pagi semalam bagi menyambung tugas pencarian baki mayat dan bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang jatuh selepas ditembak di Donetsk pada 17 Julai tahun lalu.

Mereka berlepas menaiki pesawat MAS MH16 pada jam 12.30 tengah malam ke Amsterdam, Belanda terlebih dahulu sebelum ke Kiev.

Pasukan PDRM berkenaan diketuai Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Asisten Komisioner Hussein Omar Khan.

Hussein ketika dihubungi berkata, mereka terdiri daripada pegawai DVI dan forensik Bukit Aman yang dijangka memasuki lokasi nahas bersama pasukan penyiasat antarabangsa pada Selasa ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 12, 2015 @ 5:17am
d